Friday 29 April 2011

CERITERA SUJUD TERAKHIRKU..

Ya Allah…
Dalam sujud terakhirku….
Aku teriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya..
Mengapa???
Kerana aku berharap agar runtuh dan hancur dinding kesombongan dalam hatiku..

Ya Rabbi…
Dalam sujud terakhirku ini..
Aku menangiis semahu-mahunya..
Kerana aku berharap..
Agar kering air mataku namun basah lading hati yang gersang..

Ya Rahman…
Dalam sujud terakhirku ini juga
Aku melihat semua dosaku bgai bermain wayang dimataku..
Kelam mencengkam jiwa yang kian lusuh.

Ya Rahim…
Dalam sujud terakhirku ini,
Biarkan aku lemas dalam cahaya hidayahmu,
Agar aku mampu memusnahkan kemunafikan yg ada dalam diri ini…
Agar dapat aku kembali dalam pelukan cintaMu..

Ya Rabbul Izati..
Dalam sujud terakhirku ini,
Biarkan aku menghirup nafasku sekali lagi,
Hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu yang tercinta..

Dan segala-galanya dalam sujud terakhirku…


Wednesday 27 April 2011

CERITERA CINTA

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum...
mlm ni nak cerita tentang cinta...

nak tanya sket???

Apakah makna cinta di hati sahabat semua??,
adakah CINtA kepada Allah atau hanya menjadi hamba kepada Cinta manusia,..
Tetiba hari ni mood cinta-cinta la pulak…
Jadi nak kongsi sket-sket sal cinta dan kasih sayang…
Rasa cinta dan kasih sayang itu sememangnya wujud dalam diri setiap makhluk ciptaan..
Malah..sememangnya hakikat bahawa..
Bercinta dan berkasih sayang itu memang di ciptakan oleh Allah  kpd setiap makhluk ciptaannya..

Terdapat pelbagai konsep dalam bercinta dan berkasih sayang ni…
First of all…yang paling penting dan terutama..
Bercinta dan berkasih syg dengan Allah,
Bagaimana kita ingin bercinta dan berkasih sayang dengan Allah?
Kat sini nak kongsikan sikit ape petuanya...
Mudah jea…
Kita mampu jd pecinta Allah yang sejati andai kita jaga hubungan kita dgn Allah…
Camne caranya….
Jaga hubungan kita dgn Allah..
Lakukan apa yang di suruh,tinggalkan apa yang dilarang..
Mudahkan..
Tapi yang mudah tu susah kita nak wat..
Btul x????


Next..Bercinta dan berkasih sayang  sesama manusia,
Mesti rmai suka topik ni..
Tapi kat sini nak mention lbih hbngan antra sahabat..
Hubungan sesame manusia pun susah gak nak jaga..
Yelahkan…setiap org ada perangai masing-masing..
Hubungan sesama manusia akan terjaga kalo kita bercinta dan berkasih sayang kerana Allah..
Pasti akan terasa manisnya perhubungan itu..


Finally..
Bercinta dan berkasih sayang dengan setiap apa yang diciptakan oleh Allah..
Camne mksd ayat diatas..
Nak terangkan kat sini..
Camne kita jaga hubungan kita dgn Allah,kita jaga hubungan kita dgn manusia..
Kita juga kna jga hubungan kita dengan alam sekitar,binatang-binatang dan sebagainya..
Tak salah jika kita menyampaikan rasa cinta dan kasih kita kepada alam dan binatang..
Kerana setiap mereka memberikan manfaat  buat diri kita..
Ingat setiap ciptaan Allah mempunyai peranannya masing-masing..

"Jangan mencinta orang lain sebelum mencintai diri sendiri ,dan jangan mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah"

CERITERA HUJAN & AIR YANG MENGALIR

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua...

Utk pengetahuan semua..
dua entry sblum ni hnya pngenalan kpd blog ni..
skrg annur da nak serius..
entry sbnr2 nya tuk blog ni..


kisah ni annur tulis wktu tgh tunggu hujan berhenti tuk blik kolej..
hayatilah &fikir-fikirkanlah...



Seringkali manusia lupa tentang Dia
(tiba-tiba teringat lagu manusia lupa)
Manusia kata cukuplah dengan membaca, 
aku telah mendapat apa yang di panggil sebagai ilmu itu tanpa belajar dari Dia
Hakikatnya..
Bukan untuk membuktikan semata-mata tetapi menyatakan apa yang tersirat…
Kerana manusia seringkali terlupa untuk belajar dengan Dia
Dia yang dimaksudkan di sini adalah alam…
Ada yang kata apalah sangat yang dapat diperolehi daripada alam,
Melainkan pandangan yang tidak membawa apa-apa erti…
Manakah silapnya???

Kerana pada hakikatnya alam tersembunyi seribu satu rahsia
 yang menanti saat untuk kita sebagai manusia merungkaikanya..
Bagaimana alam itu berperanan mendidik jiwa kita 
sebagai manusia atau lebih tepat lagi sebagai khalifah Allah di muka bumi ini….
Pertama saya mahu membuka minda sahabat semua dengan melihat titisan air hujan yang turun..

(pic form pak cik google)

Titisan air hujan ini sama seperti sungai yang mengalir 
dimana mereka akan meneruskan perjalanan mereka tanpa menoleh ke belakang..
Bagaimana titisan air hujan dan sungai yang mengalir dapat mendidik jiwa dan minda kita???
Titisan air hujan dan sungai yang mengalir ini dapat membuka minda kita untuk terus berfikir tentang masa…
Masa akan terus berlalu tanpa kita sedari..
Kadang-kadang kita selalu berharap agar dapat kembali ke masa silam..
Namun sebelum berharap, kita lihat kepada air yg mengalir adakah dapat kembali kehilir semula setelah mengalir ke hulu,
Dan air hujan adakah dapat kembali kepada awan setelah tiba ke bumi..
Fikir-fikirkan..

Kerana  itu Allah sendiri bersumpah dengan melalui ayat al-quran surah al-asr ayat 1-3
“Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, 
melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, 
yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran”
Mengapa Allah meminta kita sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan 
berpesan-pesan kepada kesabaran,
Kerana Allah tidak mahu kita kecewa,
Kerana setiap apa yg telah kita lakukan tidak kita akan dapat ulangi buat kali kedua..
Malah terdapat satu kata pujangga di mana seorang muslim itu tidak akan jatuh ke lubang yang sama sebanyak dua kali..
Jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal…


p/s : Entry pertama tuk blog baru ni...=)


Friday 22 April 2011

CERITERA PERTAMA

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmnirrahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..
Di saat ini dan tika ini,
bersyukur tidak trhingga kpd Allah masih diberi nikmat Iman dan Kehidupan...

Sudah tertulis lagi jelas dan terang yang mnunjukan ini adlh entry prtma tuk blog ni...
jadi utk entry prtma,hnya ingin mnceritakan scra ringkas siapa penggerak kpd blog ni..

nama: cukuplah dikenali sebagai Annur...
Umur: di awal 20an..
pekerjaan :sebagai seorang hamba Allah 24 jam + sbgai seorg pelajr..
(masih mnuntut ilmu di muka bumi milik Allah)

ckuplah secara ringkas tntang diri ini..
Tidak perlulah diulas lebih pnjang..
cuma..
terciptanya Blog ini adlh utk sama2 bekongsi
tntang nikmat khidupan,nikmat iman dan nikmat agama,
serta bersama-sama berkongsi kerinduan yng Hakiki buat Maha Pencipta..

Wallahualam...

~Tiada Cinta Yang lebih Indah andai Cinta ILahi berada dalam Genggaman~