Friday, 29 April 2011
CERITERA SUJUD TERAKHIRKU..
Ya Allah…
Dalam sujud terakhirku….
Aku teriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya..
Mengapa???
Kerana aku berharap agar runtuh dan hancur dinding kesombongan dalam hatiku..
Ya Rabbi…
Dalam sujud terakhirku ini..
Aku menangiis semahu-mahunya..
Kerana aku berharap..
Agar kering air mataku namun basah lading hati yang gersang..
Ya Rahman…
Dalam sujud terakhirku ini juga
Aku melihat semua dosaku bgai bermain wayang dimataku..
Kelam mencengkam jiwa yang kian lusuh.
Ya Rahim…
Dalam sujud terakhirku ini,
Biarkan aku lemas dalam cahaya hidayahmu,
Agar aku mampu memusnahkan kemunafikan yg ada dalam diri ini…
Agar dapat aku kembali dalam pelukan cintaMu..
Ya Rabbul Izati..
Dalam sujud terakhirku ini,
Biarkan aku menghirup nafasku sekali lagi,
Hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu yang tercinta..
Dan segala-galanya dalam sujud terakhirku…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment