Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua...
Utk pengetahuan semua..
dua entry sblum ni hnya pngenalan kpd blog ni..
skrg annur da nak serius..
entry sbnr2 nya tuk blog ni..
kisah ni annur tulis wktu tgh tunggu hujan berhenti tuk blik kolej..
hayatilah &fikir-fikirkanlah...
Seringkali manusia lupa tentang Dia…
(tiba-tiba teringat lagu manusia lupa)
Manusia kata cukuplah dengan membaca,
aku telah mendapat apa yang di panggil sebagai ilmu itu tanpa belajar dari Dia…
Hakikatnya..
Bukan untuk membuktikan semata-mata tetapi menyatakan apa yang tersirat…
Kerana manusia seringkali terlupa untuk belajar dengan Dia…
Dia yang dimaksudkan di sini adalah alam…
Ada yang kata apalah sangat yang dapat diperolehi daripada alam,
Melainkan pandangan yang tidak membawa apa-apa erti…
Manakah silapnya???
Kerana pada hakikatnya alam tersembunyi seribu satu rahsia
yang menanti saat untuk kita sebagai manusia merungkaikanya..
Bagaimana alam itu berperanan mendidik jiwa kita
sebagai manusia atau lebih tepat lagi sebagai khalifah Allah di muka bumi ini….
Pertama saya mahu membuka minda sahabat semua dengan melihat titisan air hujan yang turun..
(pic form pak cik google)
Titisan air hujan ini sama seperti sungai yang mengalir
dimana mereka akan meneruskan perjalanan mereka tanpa menoleh ke belakang..
Bagaimana titisan air hujan dan sungai yang mengalir dapat mendidik jiwa dan minda kita???
Titisan air hujan dan sungai yang mengalir ini dapat membuka minda kita untuk terus berfikir tentang masa…
Masa akan terus berlalu tanpa kita sedari..
Kadang-kadang kita selalu berharap agar dapat kembali ke masa silam..
Namun sebelum berharap, kita lihat kepada air yg mengalir adakah dapat kembali kehilir semula setelah mengalir ke hulu,
Dan air hujan adakah dapat kembali kepada awan setelah tiba ke bumi..
Fikir-fikirkan..
Kerana itu Allah sendiri bersumpah dengan melalui ayat al-quran surah al-asr ayat 1-3
“Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian,
melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh,
yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran”
Mengapa Allah meminta kita sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan
berpesan-pesan kepada kesabaran,
Kerana Allah tidak mahu kita kecewa,
Kerana setiap apa yg telah kita lakukan tidak kita akan dapat ulangi buat kali kedua..
Malah terdapat satu kata pujangga di mana seorang muslim itu tidak akan jatuh ke lubang yang sama sebanyak dua kali..
Jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal…
p/s : Entry pertama tuk blog baru ni...=)
No comments:
Post a Comment